10 April 2017 : Kuliah Muslimat Bulanan Berkitab

Program Kuliah Muslimat Berkitab, Peringkat Hospital Banting mula diperkenalkan kepada muslimat warga kerja Hospital Banting pada tahun 2015.  Program anjuran bersama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Hospital Banting dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Kuala Langat ini masih lagi diteruskan sehingga kini atas sokongan dan dorongan dari para muslimat warga kerja Hospital Banting.

Selain dari mengisi masa rehat yang panjang, tujuan program kuliah ini diadakan adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kefahaman para peserta khususnya dalam membincang dan merungkai perkara-perkara yang melibatkan perundangan  agama Islam seperti permasalahan akidah, syariah dan akhlak.  Sesi kuliah ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustazah Hajah Zuliah binti Abdul Kadir, mantan Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Langat selaku tenaga pengajar dengan berpandukan kepada Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi sebagai sumber rujukan.

Program kuliah ini dijadualkan pada hari Jumaat minggu kedua setiap bulan mulai pukul 12.30 tengahari, bertempat di Blok Kuliah Hospital Banting. Program kuliah ini adalah terbuka kepada semua kaum muslimat warga kerja Hospital Banting.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my