19 April 2017: Program Ziarah ke Wad Perubatan Lelaki dan Wad Peadiatrik

Program Ziarah ke Wad Perubatan Lelaki dan Wad Peadiatrik Hospital Banting oleh Lembaga Zakat Selangor, Daerah Kuala Langat bersama YDM Dato' Tengku Mohamed Al Haj bin Tengku Harun, YDM Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya telah diadakan pada 19 April 2017 (Rabu).

Program ziarah tersebut merupakan lawatan rasmi kali pertama Orang Besar Daerah Kuala Langat ke Hospital Banting. Turut hadir ke program tersebut ialah Tuan Sharip bin Ahmad, Penghulu Mukim Morib/Klanang dan Tuan Mohd. Shukri bin Hushin, Ketua Operasi Agihan, Lembaga Zakat Selangor Daerah Kuala Langat.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Ketua-ketua Jabatan/Unit/Wad Hospital Banting yang diketuai oleh YBrs. En Md. Ibarhim bin Md. Razale, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hospital Banting.

Program tersebut dimulakan dengan taklimat berkaitan Hospital Banting yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Muznizawati binti Mamat, Timbalan Pengarah (Perubatan), Hospital Banting dan seterusnya ucapan balas dari YDM Dato' Tengku Mohamed Al Haj.

Program tersebut berakhir dengan beramah mesra dan penyampaian sumbangan kepada pesakit-pesakit di Wad Perubatan Lelaki dan Wad Pediatrik.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my