Program Semarak Ihya Ramadhan 1438H/2017M, Peringkat Hospital Banting

Saban tahun, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak dengan pengisian pelbagai program dan aktiviti keagamaan.  Selain dari meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda, bulan Ramadhan ini juga diharapkan akan mendapat maghfirah dan rahmat dari Allah SWT.   Warga kerja Hospital Banting juga tidak ketinggalan merebut  peluang keemasan ini dengan merancang dan melaksanakan beberapa program dan aktiviti di peringkat Hospital.  Program Semarak Ihya Ramadhan 1438H/2017M, Peringkat Hospital Banting pada kali ini menggabungkan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Unit Kejururawatan dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI), Hospital Banting selaku penganjur bersama.

Tujuan program dan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk memberi ruang peluang dan peluang kepada warga kerja Hospital Banting unyuk turut serta dalam melakukan amal kebajikan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Program dan aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

 
tazkirah ramadhan
Tazkirah Ramadhan
30 Mei 2017 & 13 Jun 2017
Tempat:  Blok Kuliah Hospital Banting
 
tadarus
Majlis Tadarus Al-Quran
 1-20 Jun 2017
Tempat:  Blok Kuliah Hospital Banting
rewang bubur lambuk2
 
rewang bubur lambuk3
 
Rewang Bubur Lambuk
8 Jun 2017
 Tempat:  Garaj bersebelahan Pejabat Rehabilitasi
Agihan bubur lambuk kepada warga kerja Hospital Banting & pesakit-pesakit di Hospital Banting
 

 

prog ziarah ukhuwah perdana2
Program Ziarah Ukhuwah Perdana Ke wad-wad Hospital Banting oleh Pengarah Hospital bersama Ketua-ketua Jabatan/Unit/Wad & Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI)
8 Jun 2017
Pengagihan Kit ziarah dan bubur lambuk kepada pesakit-pesakit di wad-wad hospital
 
majlis iftar anak yatim 
Majlis Iftar Warga Hospital Banting bersama Anak-anak Yatim Miskin
9 Jun 2017
Tempat:  Rumah Penyayang Bestari, Kpg Sg. Buaya
Sumbangan duit raya kepada seramai 43 orang anak-anak yatim miskin dan kepada Rumah Penyayang Bestari

Diharapkan agar program dan aktiviti yang dijalankan ini , dapat menjadi batu loncatan kepada seluruh warga kerja Hospital Banting kuntuk terus berbuat amal sebagai tanda ambil peduli dan prihatin terhadap masyarakat di kawasan kejiranan sekitar Hospital Banting.

Semoga Allah SWT mempertemukan lagi kita di Ramadhan yang akan datang, in sha Allah.  Ramadhan  Kareem!

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my