Hari Raya Korban Hospital Banting

      saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim melihatkan keteguhan iman anaknya Ismail, dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah PENGORBANAN. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.

Warga Hospital Banting mula merebahkan lembu bagi melaksanakan ibadah korban

Rentetan itu, bersempena dengan Sambutan Hari Raya Eidulladha 1438H ini pihak Hospital Banting telah mengadakan satu Program Korban Kasih Ummah 1438H/2017M, Peringkat Hospital Banting pada 2 September 2017/11 Zulhijjah 1438H yang lalu. Program anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), Hospital Banting dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam Jabatan Perubatan, Kesihatan dan Pergigian Daerah Kuala Langat dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI), Hospital Banting telah dihadiri oleh pegawai, anggota, kakitangan dan penghuni kuarters Hospital Banting. Turut hadir ialah YBrs. Encik Md. Ibrahim bin Md. Razale, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan YBrs. Dr. Rohaida binti Ramlee, Timbalan Pengarah (Perubatan) mewakili Pengarah Hospital Banting.

Alhamdulillah, berkat semangat gotong royong dan kerjasama yang ditunjukkan telah memudahkan dan melancarkan aktiviti menyembelih, melapah dan mengagihkan daging korban. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T., in sha Allah.

Proses memotong daging untuk ditimbang serta diagihkan.

 Salam Eiduladha 1438H kepada seluruh umat Islam. Allahu Akhbar!‚ĶAllahu Akhbar!..Allahu Akhbar!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my