Training of Trainers (TOT) Pengurusan Solat Ibadah Pesakit

             

           Training of Trainers (TOT) Pengurusan Solat Ibadah Pesakit Bil.1/2018 telah diadakan pada 20 Februari 2018 bertempat di Blok Kuliah Hospital Banting. Seramai 36 orang peserta dari pelbagai gred dan jawatan telah menghadiri program ini.  Kertas kerja yang dibentangkan oleh YBhg Ustaz Ahmad Termizi bin Ali, Pegawai Agama dari Hospital Sungai Buloh ialah berkaitan dengan pengurusan dan solat ibadah pesakit serta perkara-perkara yang melibatkankan permasalahan fiqh perubatan.

4.jpg

Selain daripada itu juga, para peserta telah diberikan tugasan semasa sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi memberikan lebih pehamanan dan pengalaman kepada peserta situasi sebenar yang akan mereka hadapi ketika merawat pesakit di wad. 

Semoga dengan adanya program senegini, akan dapat menambahkan kemahiran dan meningkatkan kefahaman kepada semua warga kerja Hospital Banting, khususnya kepada pegawai, anggota dan kakitangan yang terlibat dengan merawat pesakit.  Diharapkan juga, pesakit-pesakit akan mendapat pendedahan yang sama dan wajib untuk mereka mengetahui bahawa tidak ada alasan lagi pesakit tidak dapat menunaikan solat dan ibadah semasa dalam keadaan sakit.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my