Program Duta Kenali Ubat Anda: IPD Kuala Langat

           Program Duta Kenali Ubat Anda Bil 2/2018 diadakan pada 27.2.18 di IPD Kuala Langat. Ceramah Kenali Ubat Anda dan Ubat Tidak Berdaftar diadakan di Dewan IPD Kuala Langat. Program ini disertai 48 orang kakitangan IPD Kuala Langat yang terdiri daripada pelbagai unit dan jawatan.

Balaipolis5.jpg

Konsep 5B yang ditekankan dalam ceramah ini ialah merangkumi aspek 5 Betul iaitu;
1) Pengguna yang BETUL
2) Ubat yang BETUL
3) Dos yang BETUL
4) Cara Pengambilan yang BETUL
5) Masa yang BETUL

Jika salah satu daripada aspek di atas tidak dipatuhi, maka keberkesanan ubat yang diambil akan terjejas. Oleh yang demikian, Konsep 5B ini perlu dikuasai supaya ubat yang diambil dapat memberikan kesan yang sepatutnya.