Program Duta Kenali Ubat Anda: Masjid Kampung Jenjarum, Banting

          Program Duta Kenali Ubat Anda Hospital Banting Bil 3/2018 berlangsung di Masjid Kampung Jenjarum. Perkongsian tentang Ubat Berdaftar dan Cara Pengambilan Ubat Yang Betul adalah fokus kepada program pada kali ini. Pn. Asdayati bt Buang (Pegawai Farmasi) dan En. Mohd Mirza b Marjuni (Duta Kenali Ubat Anda) sekali lagi turun padang untuk memberikan ceramah kepada peserta. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada penduduk setempat hadir untuk menyertai program ini.

Masjidjenjarom5.jpg

Pelbagai soalan diajukan kepada penceramah termasuklah mitos-mitos tentang ubat-ubatan yang tular di media sosial. Adalah dinasihatkan kepada semua masyarakat di luar sana agar tidak mudah terpengaruh dengan berita/maklumat yang tular di media sosial kerana kesahihan maklumat tersebut amat diragui. Bertanyalah kepada individu yang pakar dalam bidang tersebut agar anda tidak mudah ditipu.