Program Duta Kenali Ubat Anda: Renesas Semiconductor Sdn. Bhd.

          Ceramah Kenali Ubat Anda pada kali ini disampaikan oleh En. Mohd Mirza b Marjuni (Duta Kenali Ubat Anda) manakala Ceramah Ubat Berdaftar disampaikan oleh Pn. Asdayati bt Buang (Pegawai Farmasi). Seramai 16 orang kakitangan Renesas Semiconductor Sdn. Bhd. yang terdiri daripada pelbagai jawatan hadir untuk menyertai program ini.

Renesas4.jpg

Program ini tidak hanya tertumpu kepada fasiliti kerajaan sahaja. Hal ini kerana ubat-ubatan dan cakna kesihatan melibatkan semua golongan, bukan hanya kepada petugas di fasiliti kerajaan sahaja. Kami mensasarkan semua golongan masyarakat daripada pelbagai latarbelakang untuk turut serta mengetahui Konsep 5B dan Ubat Berdaftar.

Renesas5.jpg

Diharap maklumat yang disampaikan menepati isu-isu semasa berkenaan ubat-ubatan dan dapat meleraikan persoalan yang terbuku di minda para peserta. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Muslihah kerana membantu kami dalam membantu dalam menjalankan program tersebut.

Anda berminat untuk program seumpama ini diadakan di rumah atau pejabat anda? Hubungi Pn. Asdayati di talian 03-31871333 Samb:347 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan untuk aktiviti yang diadakan.

Kenali Ubat Anda, Hindari Ubat Tidak Berdaftar

Tarikh : 8.3.18
Lokasi : Renesas Semiconductor Sdn. Bhd.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my