Majlis Iftar Ramadhan Warga Hospital Banting Bersama Anak-Anak Yatim/Asnaf Fakir Miskin 2018

           Majlis Iftar Ramadhan Warga Hospital Banting Bersama Anak-Anak Yatim/Asnaf Fakir Miskin telah diadakan pada 25 Mei 2018 bersamaan, 9 Ramadhan 1439H bertempat di Rumah Amal Raudhatul Jannah, Olak Lempit Banting. 

buka 1.jpg

Seramai lebih 90 orang warga keluarga Hospital Banting telah hadir memeriahkan majlis dan meraikan anak-anak yatim/asnaf fakir miskin tersebut. Penyertaan majlis iftar pada kali ini telah mencipta sejarah kerana telah mencatat kehadiran warga keluarga Hospital Banting yang paling ramai sejak penganjuran majlis ini mula dilaksanakan pada tahun 2014.

buka 2.jpg

Majlis tersebut diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada anak-anak rumah tersebut yang diketuai oleh YBrs. En Md Ibrahim Bin Md. Razale, Timbalan Pengarah Pengurusan. Selain itu, solat maghrib, isyak dan solat sunat terawih berjemaah turut diadakan. Majlis iftar berakhir dengan santapan moreh.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my