Program Semarak Ihya Ramadhan 2018

         Saban tahun menjelangnya bulan Ramadhan, Hospital Banting tidak ketinggalan merebut peluang dan ruang untuk meraikan bulan Ramadhan dengqn mengadakan program-program yag berbentuk kemasyarakatan seperti tahun-tahun sebelum ini. Antara program yang telah dilksanakan ialah Rewang Bubur Lambuk yang telah diadakan pada 31 Mei 2018 bersamaan 15 Ramadhan 1439H.

 bubur 1.jpg

Program ini melibatkan warga kerja Hospital Banting dari pelbagai gred dan jawatan. Lazimnya, bubur lambuk disediakan untuk diagihkan kepada warga kerja Hospital Banting. Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, bubur lambuk diagihkan juga kepada pesakit-pesakit di wad untuk  dinikmati  bersama.

 bubur 2.jpg

Semoga sumbangan yang diberikan oleh  warga Hospital Banting ini diberkati dan mendapat Rahmat dari Allah SWT.  In sya Allah..Amin

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my