Program Ziarah Ukhuwah Perdana Pengarah Hospital Banting 2018

          Program Ziarah Ukhuwah Perdana Pengarah Hospital Banting Bersama Ketua Jabatan/Unit/Wad dan Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI) telah diadakn pd 31 mei 2018 bersamaan, 15 Ramadhan 1439H yang lalu. Program ini juga merupakn acara tahunan JKHMI, Hospital Banting sebagai salah satu pendekatakan untuk menjalinkan ukhuwah dan beramah mesra dengan pesakit dengan lebih dekat lagi.

ziarah 4.jpg

 Semasa program lawatan tersebut, pesakit-pesakit turut diagihkan dengan bubur lambuk dan kit ziarah sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak hospital semasa ziarah ke wad-wad berlangsung.

ziarah 3.jpg

Dalam majlis yang sama juga, semua jabatan/unit/wad menerima sumbangan hamper raya dari JKHMI yang disampaikan  oleh YBrs. Dr. Adam Bin Abdul Razak selaku Pengerusi JKHMI sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan kepada progam-progam JKHMI sejak mula diperkenalkan di Hospital Banting.

ziarah 2.jpg

Semoga program- program sebegini akan dapat dilaksanakan secara berterusan di masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikn program ini.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my