Majlis Khatam Bacaan Al-Quran, Peringkat Hospital Banting 2018

           7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1438H telah diadakan Majlis Khatam Bacaan Al-Quran, Peringkat Hospital Banting bertempat di Blok Kukiah, Hospital Banting.  Seramai 33 orang peserta tadarus dari pelbagai gred dan jawatan telah diraikan di majlis tersebut. Manakala, biru dan putih susu telah dipilih sebagai warna tema majlis khatam pada kali ini.

khatam 1.jpg

Majlis khatam al-quran tersebut telah dipimpin oleh YBhg. Us Kalid bersama 4 orang pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tuanku Ampuan Rahimah (SAMTAR), Banting.

khatam 3.jpg

Majlis dimeriahkan lagi dengan penyerahan cenderahati kepada peserta tadarus yang disampaikan oleh YBrs. En. Md. Ibrahim bin Md Razale, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hospital Banting.

khatam 2.jpg

Majlis Khatam Bacaan Al-Quran ini adalah merupakan program penutup tirai sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my