Program Ibadah Korban Kasih Ummah 2018

     main

 

     Program Ibadah Korban Kasih Ummah, Peringkat Hospital Banting 1439H/2018M telah diadakan pada 22 Ogos 2018 bersamaan 10 Zulhijjah 1439H bertempat di Hospital Banting. Seramai lebih kurang 25 orang warga kerja dan warga penghuni kuarters hospital hadir ke program tersebut.

Korban 1

 Seekor lembu telah disembelih sebagai tanda simbolik kepada ibadah korban yang dilakukan oleh seramai 7 orang pegawai, anggota dan kakitangan hospital yang mengambil bahagian. Ibadah korban merupakan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha ke atas umat Islam yang berkemampuan ialah sunat kifayah (sunat yang dituntut). Antara hikmah perlaksanaan ibadah korban ini ialah untuk menguji iman dan kekuatan mental orang yang berkorban, supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri dari sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dan berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T kepaga golonga yang kurang bernasib baik.

Korban 2

Daging korban turut diagihkan kepada seramai 21 orang warga kerja Hospital Banting yang kurang berkemampuan selain disumbangkan kepada warga kerja dan warga penghuni kuarters yang telah membantu dalam menjaya program ibadah korban tersebut. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Hanif Abd. Latif dan Tuan Haji Johan bin Panidi sebagai mewakili pihak pengurusan Hospital Banting.

Korban 3

 

 

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my