Training of Trainers Pengurusan Solat / Ibadah Pesakit

 

 

 WhatsApp Image 2019 02 21 at 11.48.32 AM

             Program Training of Trainers Pengurusan Solat / Ibadah Pesakit Peringkat Hospital Banting Bil.1/2019 telah diadakan pada 20 Februari 2019 (Rabu) / 15 Jamadilakhir 1440H bertempat di Blok Kuliah Hospital Banting.  Program ini merupakan program tahunan secara berkala sejak Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI), Hospital Banting ditubuhkan pada tahun 2014. 

FotoJet

Mewujudkan suasana hospital yang mesra ibadah kepada pesakit, meningkatkan kemahiran anggota untuk menangani pemasalahan ibadah pesakit, mengaplikasi sokongan kerohanian kepada pesakit muslim dan meningkatkan kefahaman anggota dalam permasalahan fiqh perubatan merupakan objektif TOT ini diadakan.

Menariknya TOT kali ini berbanding penganjuran pada siri-siri sebelumnya ialah sebelum sesi ceramah dimulakan, para peserta akan diuji tahap pemahaman dan pengetahuan mereka tentang pengurusan solat ibdah pesakit dan perkara-perkara yang berkaitan dengan menduduki ujian PRE-TEST HMI secara atas talian melalui aplikasi Kahoot Game selain dari penyelesaian tugasan yang diberikan semasa sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pada sebelah petang.

2

Seramai 38 orang peserta telah menyertai TOT ini dengan menampilkan YBhg. Ustaz Ahmad Tarmezi bin Ali, Pegawai Hal Ehwal Islam, Hospital Sungai Buloh sebagai penceramah jemputan.  Penyampaian hadiah kepada pemenang Kahoot Game:  Pre-Test HMI dan cenderahati kepada penceramah telah disampaikan oleh YBrs. Dr Muhammad Hanif bin Abd. Latif mewakili Pengerusi JKHMI.

3

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my