Latar Belakang

Hospital Banting dibuka dengan rasminya pada 6 Februari 1975 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj dengan kos pembinaan sebanyak RM 3.2 Juta dan keluasan 10.48 Hektar

Mengikut perangkaan, pada tahun 1974 jumlah kemasukkan pesakit adalah sebanyak 672 orang pesakit dengan kadar penggunaan katil sebanyak 51.13% dan meningkat kepada 3652 kemasukkan dengan kadar penggunaan katil sebanyak 70.04% bagi tahun 1975

Hospital Banting terus berkembang dengan penambahan beberapa buah wad iaitu pada tahun 1991, Wad 5 ( Perubatan Lelaki ), Wad 6 ( Pembedahan dan Orthopedik ) telah diwujudkan manakala pada tahun 2000, Unit Hemodialisis,Blok Pentadbiran,Unit Rekod Perubatan dan Fisioterapi telah diwujudkan. Pada tahun 2005, Unit Geriaterik pula telah diwujudkan

Dibawah projek Rancangan Malaysia ke 8 ( RMK8 ), Bangunan Unit Rawatan Rapi ( ICU ) telah siap dibina dan Perumahan kakitangan ( Kuarters ) terdiri dari 8 unit kelas D dan 16 unit kelas C telah siap untuk diduduki oleh anggota. Secara keseluruhan pada pada Disember 2008, Hospital Banting telah mempunyai 6 buah wad dengan 151 buah katil berbanding dengan 96 buah katil pada tahun 1975. Pada Oktober 2009, unit CCU telah dibuka secara rasmi dengan 2 buah katil beroperasi.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my