Kriteria Penderma Darah

ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.
 
2. Berumur
  1. di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
  2.       di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
  3.      17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
3. Berat badan 45kg ke atas.
 
4. Tidur minimum 5 jam.
 
5. Tiada masalah kesihatan.
 
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

 

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
  • Bertukar-tukar pasangan seks.
  • Mengambil dadah secara suntikan.
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.

8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :

  • Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
  • Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: pengurusanhospitalbanting@moh.gov.my