Unit Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu perkhidmatan bukan klinikal di Hospital Banting. Unit ini dianggotai oleh 2 Penolong Pegawai Rekod, 1 Pembantu Tadbir, dan 2 Pembantu Am Pejabat.

Perkhidmatan yang diberikan adalah :

  1. Mengendalikan semua urusan berkaitan dengan pemyimpanan dan pengurusan rekod perubatan pesakit dengan selamat dan teratur. Unit ini juga adalah sebagai ‘custodian’ kepada rekod-rekod yang disimpan di unit-unit dan klinik pakar.
  2. Menguruskan penyediaan pelbagai laporan perubatan termasuk laporan bedah siasat /polis/insuran dan jabatan kerajaan
  3. Menyediakan laporan perangkaan hospital termasuk secara rutin atau ‘adhoc’. Perangkaan maklumat disediakan secara harian,mingguan,bulanan dan tahunan. Maklumat-maklumat ini akan dikemukan kepada pihak atasan samada di Jabatan Kesihatan Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi
  4. Mengendalikan pemisahan dan pelupusan rekod-rekod dan fail-fail Unit Rekod yang telah mencapai tempoh simpanan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia
  5. Menguruskan permohonan pengesahan laporan perubatan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Menguruskan permohonan pengesahan daftar lewat kelahiran.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my