UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI)

PENGENALAN UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI)
Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mula beroperasi di Hospital Banting pada 26 November 2013. Penubuhan UHEI adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan keagamaan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. UHEI juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat Hospital Banting.
VISI DAN MISI

Visi:

Berperanan sebagai unit yang memberi bimbingan berkaitan Hal Ehwal Islam ke arah melahirkan warga kerja dan pesakit yang berpengetahuan dan berpendidikan serta berakhlak mulia.
Misi:
Memberi perkhidmatan pengurusan Hal Ehwal Islam yang cekap dan berkualiti kepada semua warga kerja dan pesakit.
OBJEKTIF
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.
  • Menjadikan program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sebagai satu perkhidmatan yang diiktiraf oleh pelanggan di hospital.
  • Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.
  • Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.
  • Mengintegrasikan rawatan fizikal, mental, psikologikal dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO).

SKOP PERKHIDMATAN/PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Skop perkhidmatan dan fungsi utama yang disediakan oleh UHEI Hospital Banting adalah seperti berikut:

BIL. SKOP PERKHIDMATAN FUNGSI UTAMA

 1

Tanggungjawab kepada hospital.

  • Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI).

  • Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.

2.

Perkhidmatan kepada kakitangan/ahli keluarga/waris.

Latihan dan Pembangunan Insan kepada kakitangan:

  • Menyelaras program-program latihan serta melaksanakan program Penerapan Nilai-nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.

  • Rujukan serta khidmat nasihat keagamaan kepada kakitangan/ahli keluarga/waris.

3.

Perkhidmatan kepada pesakit/ahli keluarga/waris.

Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit, ahli keluarga dan waris:

  • Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit, ahli keluarga dan waris.

  • Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.

  • Mengawal selia pengurusan jenazah Islam:
    • Berwaris
    • Tanpa waris
    • Saudara baru
    • Tidak dituntut

  • Menyediakan bahan-bahan penerbitan berunsur Islam.

 

WAKTU OPERASI
            Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang
 
KETUA UNIT
       ZAINAB BINTI BUJANG
        PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PPHEI)
          Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
             No. Sambungan: 209

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my