Unit Psikologi & Kaunseling

PENGENALAN
Perkhidmatan Psikologi Kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik
dan berterusan. Proses ini berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh Pegawai
Psikologi (Kaunseling) professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan
penyesuaian peribadi klien secara holistik sepanjang hayat berlandaskan etika psikologi
kaunseling. Perkhidmatan yang diberikan adalah melalui pendekatan berteraskan ilmu dan
kemahiran psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan,
pemulihan dan intervensi bagi mencapai tahap kefungsian yang optimum kepada individu
serta kelompok masyarakat.

VISI DAN MISI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KAUNSELING
VISI
Memperkasa kesejahteraan insan dan komuniti melalui perkhidmatan psikologi
kaunseling yang profesional
MISI
Perkhidmatan psikologi kaunseling ini diberikan oleh pegawai psikologi yang
kompeten, berkemahiran dan berdasarkan amalan berasaskan bukti terkini melalui
perkhidmatan yang kondusif, terapeutik dan efektif.

OBJEKTIF
 Menyampaikan perkhidmatan psikologi kaunseling yang seragam dan holistik untuk
kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti
 Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan Pegawai Psikologi
(Kaunseling) secara berterusan
 Melaksanakan perkhidmatan berteraskan etika dan peruntukan perundangan yang
berkaitan

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Skop perkhidmatan Unit Psikologi Kaunseling ditawarkan kepada pesakit, waris, dan individu
signifikan kepada pesakit serta warga kerja Hospital Banting. Rujukan untuk perkhidmatan
psikologi kaunseling diterima daripada pelbagai jabatan/ bahagian/ unit, wad, dan klinik.

Komponen perkhidmatan Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Banting adalah berdasarkan
kepada empat (4) Aplikasi Perkhidmatan Psikologi Kaunseling di Kementerian Kesihatan
Malaysia:
1. Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi - Memberi perkhidmatan psikologi kaunseling
kepada pesakit / waris dan kakitangan hospital agar dapat mencapai kefungsian yang
optimum.
2. Aplikasi Psikologi Dalam Pembangunan Personel - Pelaksanaan program
pembangunan personel bagi mewujudkan pengupayaan kendiri yang positif di
kalangan anggota dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pada
tahap yang optimum.
3. Aplikasi Psikologi Dalam Penilaian Personel - Menjalankan pentadbiran dan
pentaksiran inventori psikologi yang bersesuaian kepada klien dalam intervensi yang
dilaksanakan oleh pegawai psikologi bagi mencapai kualiti penyampaian
perkhidmatan psikologi kaunseling yang baik.
4. Aplikasi Psikologi Dalam Penyelidikan - Melaksanakan kaji selidik atau kajian bagi
melihat sesuatu perkara dari sudut psikologi kaunseling bagi mendapatkan input
yang berguna seiring dengan perkembangan penyampaian perkhidmatan psikologi
kaunseling.

DIREKTORI

Talian utama: 03 - 3187 1333 sambungan 550
Masa operasi:

 Hari  Waktu  Pagi  Waktu Petang
 Isnin hingga Khamis  8.30 pagi hingga 12.30 tengahari   2.30 petang hingga 4.30 petang
Jumaat   8.30 pagi hingga 11.30 pagi   -

 

Nama  Jawatan   E-mail 
 Syuhaidah binti Mohamad Shapie  Pegawai Psikologi S41    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my

 

 

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: pengurusanhospitalbanting@moh.gov.my