Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat (IT) adalah satu unit dimana ia bertanggungjawab dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hospital yang melibatkan pengurusan sistem rangkaian, penyelenggaraan dan perolehan aset ICT, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek ICT, bantuan teknikal, latihan dan keselamatan ICT. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 2005.

Aktiviti

Aktiviti utama Unit IT adalah:

  •  Mengurus, menyelenggara dan menyelaras infrastruktur ICT hospital;
  •  Mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT iaitu pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik dan aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  • Mengurus bantuan dan sokongan teknikal iaitu First Level Support dan Helpdesk berkaitan peralatan, perisian, aplikasi dan rangkaian ICT;
  •  Mengurus keselamatan data dan rangkaian;
  •  Mengurus perolehan aset ICT dan khidmat peminjaman peralatan ICT;
  •  Merancang dan membangun sistem aplikasi komputer untuk keperluan dalaman;
  •  Mengurus program latihan ICT peringkat hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS); dan
  •  Menyelenggara laman web hospital.

Unit IT hospital Banting terdiri daripada Seorang (1) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat  yang bertanggungjawab berkaitan hal-hal teknologi maklumat di Hospital.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my