Jabatan Kecemasan Dan Trauma

PENGENALAN
Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Banting merupakan ‘pintu masuk pesakit’  yang utama ke Hospital ini. Skop Jabatan Kecemasan dan Trauma terdiri daripada Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital & Ambulans dan Clinical Area. Triage counter, zon merah (critical), zon kuning (separa critical), zon hijau, zon pemerhatian/perlantikan, asthma bay, kaunter pendaftaran dan ruang menunggu  dan bilik OSCC. Staf terdiri daripada 2 Pakar Kecemasan, 18 Pegawai Perubatan, 1 Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, 1 Ketua Jururawat, 1 Jururawat u32 (KUP),12 Jururawat, 13 Penolong Pegawai Perubatan, 11 Program Penempatan Wajib, 12 Penolong Pegawai Kesihatan, 15 Pemandu.Purata harian kedatangan pesakit ialah 220 orang sehari.
MISI JABATAN
Mewujudkan perkhidmatan perubatan kecemasan yang cekap, pantas , cemerlang serta menghormati maruah pesakit, bertanggungjawab dan berbudi bahasa.
 
VISI JABATAN
Memberi rawatan kecemasan serta pemulihan seawal mungkin bagi mengekalkan fungsi-fungsi utama dan menghalang sebarang kemerosotan sebelum disiplin tertentu mengambil alih.
 
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang cedera dan sakit tenat (kritikal dan separa kritikal ) dengan berkesan serta lancar bagi menyelamatkan nyawa pesakit.
 
SKOP PERKHIDMATAN
Wad Pemerhatian
  • Wad pemerhatian di Jabatan Kecemasan berfungsi bagi memastikan pesakit distabilkan bagi kes-kes Trauma dan juga bukan Trauma (Medikal). Pemerhatian seperti bacaan parameter vital sign dan prosedur kecil kecemasan dijalankan di sini sebelum pesakit dihantar ke wad-wad ataupun discaj.
 
Oscc
  • One Stop Crisis Center (OSCC) merupakan perkhidmatan bersepadu pelbagai disiplin kepakaran bagi memeriksa dan merawat mangsa penderaan fizikal dan seksual golongan wanita dan kanak-kanak. Bilik OSCC disediakan di dalam Jabatan Kecemasan Hospital Banting.

Prosedur Surgikal

  • Kebanyakan prosedur surgikal yang dijalankan di Jabatan Kecemasan melibatkan rawatan I&D dan T&S yang tidak berkomplikasi, ’dressing,’removal foreign body’ dan ’eye irrigation’.

WAKTU OPERASI

24 Jam Setiap Hari Setahun

 

 

MAKLUMAT LAIN

Pengurusan Bencana

  • Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan.

Cardio Alert

  • Jabatan Kecemasan dan Trauma bersama dengan Jabatan Kardiologi Hospital Serdang telah meningkatkan perkhidmatan dengan menghantar semua pesakit (warganegara) acute myocardial infarction dari Hospital Banting ke Hospital Serdang untuk rawatan PCI.


Pasukan perubatan kecemasan

  • Jabatan Kecemasan Hospital Banting juga terlibat dengan “Medical Team” atau Pasukan Liputan Perubatan ( Level 1 dan 2). Pasukan liputan perubatan terdiri daripada pegawai perubatan (Pakar / Pegawai Perubatan) dan paramedik terlibat dengan liputan majlis-majlis rasmi Kerajaan Persekutuan dan Negeri melibatkan VVIP seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua-ketua Negara. Hospital Banting pernah terlibat dengan acara peringkat antarabangsa seperti  Perlumbaan Motor GP Sepang , Formula 1 Sepang, Operasi Haji Tanah Air (OHTA).

CME Jabatan

  • Program CME Jabatan dijalankan di Jabatan Kecemasan.`Morning ward rounds’ bersama pakar kecemasan dijalankan setiap pagi. Di samping itu, sesi Taklimat Pengurusan disampaikan setiap pagi Khamis oleh Pegawai Perubatan Yang Menyelia.

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: hospitalbanting@moh.gov.my