Unit Pediatrik

Pengenalan Perkhidmatan Rawatan Pediatrik Hospital Banting
 
Perkhidmatan Pediatrik, Hospital Banting meliputi:
  • Wad kanak-kanak (26 katil) yang diperuntukkan untuk Pediatrik Am dan Neonatal.
  • Klinik Pakar Kanak-Kanak (3 bilik rawatan)
 
Wad kanak-kanak (Wad 4) terdiri daripada 1 wad yang mampu memberi perkhidmatan kepakaran asas kepada pelanggan daripada pelbagai disiplin. Sebahagian besar perkhidmatan adalah rawatan dalaman Pediatrik am dan Neonatologi, yang lain adalah ortopedik dan ginekologi.
 
Perkhidmatan rawatan Klinik Kepakaran Pediatrik dijalankan 2 sesi seminggu.
 
Dari aspek fizikal, lokasi kedua bahagian perkhidmatan kepakaran pediatrik yang berdekatan satu dengan lain, juga dengan unit obstetrik memudahkan pengurusan tugas anggota kerja jabatan ini.
 

Visi

Menjadikan Jabatan Pediatrik Hospital Banting sebuah jabatan yang cemerlang dalam melaksanakan perawatan pediatrik.

 

Misi

Bertekad untuk melaksanakan rawatan dengan profesional, cekap dan berkesan bagi mencapai kepuasan pelanggan yang optima pada setiap masa.

Mewujudkan golongan pediatrik yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dqn cekap.

 

 

 

Cetak Emel

Hospital Banting
Jalan Sultan Alam Shah, 42700
Banting, Selangorqr code

Tel: +603 3187 1333
Faks: +603 3181 8834
Emel: pengurusanhospitalbanting@moh.gov.my