HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)

 
  1. PENGENALAN

Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) adalah aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan keperluan penjagaan spiritual pesakit dikenalpasti dan dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (healthcare provider).

Pada Mac 2014, Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Banting telah dilaksanakan yang merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian. Program ini dikhususkan kepada kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit dan waris pesakit yang beragama Islam.

 

  1. VISI DAN MISI
  • Visi: Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.
  • Misi: Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial, mental dan rohani.
  1. OBJEKTIF PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL BANTING

Objektif Program HMI Hospital Banting adalah seperti berikut:-

3.1       Memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul dalam melaksanakan ibadah serta amalan keagamaan; dan

3.2       Memastikan kakitangan hospital mendapat latihan dan pendedahan asas mengenai fiqh ibadah serta nilai-nilai Islam dalam menjalankan tugas.

  1. OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH (JKHMI) HOSPITAL BANTING

         Objektif penubuhan JKHMI Hospital Banting adalah seperti berikut:-

 

6 UHEI

 

  1. PIAGAM PELANGGAN
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  • Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kerahsiaan maklumat peribadi akan dipelihara.
  • Pelanggan akan diberikan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam yang bermutu bersepadu dan profesional mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
  • Pelanggan akan disediakan pelbagai program pembangunan insan dari segi rohani dan jasmani dengan kaedah yang menarik dan mudah difahami.
  • Pelanggan akan diberikan latihan secara berhikmah, terancang dan berkualiti (teori atau praktikal) merangkumi bidang aqidah, ibadah, akhlak dan sosio budaya dengan berlandaskan syariat Islam.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

  1. KEPERLUAN PERLAKSANAAN PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL BANTING

Di Hospital Banting, keperluan perlaksanaan Program HMI diwujudkan dengan mengambil kira faktor-faktor seperti berikut:-

  • Pesakit memerlukan bimbingan spiritual dalam keadaan tahap kesihatan dan emosi mereka yang terjejas.
  • Melalui kajian Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) mendapati bahawa kira-kira 40% pesakit tidak dapat menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna.
  • Pesakit bukan sahaja didedahkan dengan panduan ibadah dalam keadaan sakit tetapi juga diberi bimbinan spiritual untuk menghadapi kerungsingan atau ketika tenat.
  • Program HMI mendapat reaksi positif dari orang ramai yang menyifatkan program ini adalah langkah yang baik untuk membantu pesakit melaksanakan ibadah.

  1. STANDARD HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) HOSPITAL BANTING

Standard perlaksanaan Program HMI mempunyai kriteria umum untuk penilaian tertentu bagi memastikan pengamalan konsep tersebut bertepatan serta menyeluruh. Standard yang diamalkan oleh Hospital Banting mengandungi kriteria–kriteria seperti berikut:-

7 UHEI

 

  1. KEPERLUAN DAN KEMUDAHAN HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI), HOSPITAL HANTING

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI), Hospital banting menyediakan beberapa keperluan dan kemudahan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pesakit / keluarga pesakit / waris untuk melaksanakan solat / ibadah di wad-wad.  Antaranya adalah seperti berikut:-

8 UHEI

 

  1. JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH (JKHMI), HOSPITAL BANTING

Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI), Hospital Banting telah ditubuhkan pada 22 Mei 2014/25 Rejab 1435H yang dianggotai warga kerja Hospital Banting yang terdiri daripada pelbagvai jawatan dang red.  Manakala UHEI Hospital Banting bertanggungjawab sebagai penyelaras kepada penubuhan jawatankuasa ini.

9 UHEI

 

10 UHEI

 

11 UHEI

 

  1. PROGRAM / AKTIVITI UTAMA JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH (JKHMI), HOSPITAL BANTING

Bagi memantapkan lagi perlaksanaan konsep HMI di Hospital Banting, beberapa program/aktiviti telah dirancang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada pegawai/anggota/kakitangan tentang kepentingan konsep HMI ini dilaksanakan bagi membantu pesakit-pesakit di wad.  Program/aktiviti tersebut dilaksanakan pada setiap tahun yang merangkumi perkara-perkara seperti berikut:-

12 UHEI

Tarikh Kemaskini:  18 Januari 2021 (Isnin) / 5 Jamadilakhir 1442H

 

Cetak